Time flies really fast when we enjoy ourselves, rite? Cuti 4 hari tak terasa pun.
Hari Ahad kami ke Pengkalan Balak, Melaka. As usual, piknik di tempat kesukaan Mak. On the way to Malacca, we had McD. Tapi sampai2 je, tengok ikan bakar, terus lapar balik. Tak cukup 1 pinggan nasi, tambah lagi sepinggan. Haih... kalau duduk 3 hari, memang boleh naik 3kg. Lupa plak nak amik gambar ikan siakap bakar, my favorite ikan bakar. Kalau nak tengok gambar ikan bakar, tengok kat pos lama ni ok.
Angin bertiup dengan kuat. Asalnya niat nak buat photoshoot di tepi pantai, tapi sesi terpaksa disingkatkan kerana risau mata Honey masuk pasir. Memang tak sangka angin kuat & cuaca agak sejuk. Ombak rindu pun kuat. Nampak seronok je kalau mandi laut. Tapi aku tak mandi sebab datang bulan. Boleh je kalau nak mandi, cuma ni lah pertama kali aku datang bulan normal sejak bersalin, not just a spot. Traffic jam di PD pun dah buat aku rasa lenguh... ni pulak mandi laut dengan ombak yang kuat.
| Berangin... |
| Ambil gambar dalam stroller je lah ye Honey. |
| Seronok tengok depa mandi laut. |
Mak, Mak Long & family memang stay kat sana 3d2n tapi me & JD balik malam tu gak. Ini lah kali pertama Honey ke luar negeri... negeri Selangor, hikss. Perjalanan paling jauh Honey setakat ini. In fact, selama ni Honey jalan2 pun dalam Lembah Klang aje.
Ok lah, ini budak kecik nak ucap Selamat Tahun Baru Cina.
0 messages:
Post a Comment